Home Ekonomi Pelaburan antarabangsa Malaysia RM19.3b

Pelaburan antarabangsa Malaysia RM19.3b

KUALA LUMPUR – Pelaburan antarabangsa bersih Malaysia pada akhir Disember 2017 merekodkan kedudukan liabiliti bersih RM19.3 bilion (S3 2017: kedudukan aset bersih RM21.5 bilion), kata Jabatan Perangkaan.

Jumlah kedudukan aset kewangan merekodkan RM1,687.8 bilion dan jumlah liabiliti mencatatkan RM1,707.1 bilion.

Pada akhir suku keempat 2017, kedudukan Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) merekodkan RM522.5 bilion (S3 2017: RM554.0 bilion) dan kedudukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia RM565.0 bilion (S3 2017: RM558.7 bilion).

Pelaburan portfolio menunjukkan kedudukan liabiliti bersih RM330.7 bilion daripada RM331.0 bilion dicatatkan suku sebelumnya. Sementara itu, kedudukan pelaburan lain mencatatkan kedudukan liabiliti bersih RM63.3 bilion.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 31 Disember 2017 berada pada RM414.5 bilion (S3 2017: RM427.7 bilion). – MalaysiaGazette