PARKLAND – Seorang remaja lelaki yang dibuang sekolah bertindak melakukan serangan hingga mengorbankan 17 orang penuntut di sebuah sekolah tinggi di sini.
Penyerang berjaya ditahan polis tanpa sebarang pergelutan.
Kejadian itu berlaku sejurus sebelum pelajar tamat persekolahan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland kira-kira 45 batu dari utara Miami.
Rakaman televisyen menunjukkan para pelajar sekolah menjerit sebaik sahaja polis dan pasukan kecemasan tiba.
Penyerang dikenal pasti sebagai Nikolas Cruz merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan tetapi dikenakan tindakan disiplin.
Polis Broward Country, Scott Israel berkata, situasi agak teruk di sekolah.
Menurut Scott, 12 mangsa mati di dalam bangunan sekolah, dua di luar kawasan sekolah, satu lagi di jalan dan dua mangsa lain meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – MalaysiaGazette