KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan menyaksikan peningkatan sebanyak 32 peratus dalam jumlah carian produk dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina.
Peningkatan ini susulan pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee sejak 15 Januari lalu yang menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus dan hadiah kemenangan lebih RM1 juta.
Peningkatan ini satu petanda baik, sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia.
Shopee menyediakan platform pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah, dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan komisyen sifar, rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan, kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori pakaian wanita, telefon mudah alih dan gajet, permainan kanak-kanak dan bayi, kasut wanita dan
beg wanita.
Katanya, potongan harga dan promosi atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee berlanjutan sehingga 25 Februari.
Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini.
Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. – MalaysiaGazette