ADDIS ABABA – Perdana Menteri Ethiopia, Hailemariam Desalegn melepaskan jawatan secara mengejut.
Beliau berharap keputusannya itu dapat menamatkan pergolakan politik yang bertahun-tahun di negara itu.
“Peletakan jawatan saya adalah penting dalam usaha untuk melaksanakan pembaharuan yang akan membawa kepada keamanan dan demokrasi yang mampan,” katanya ketika berucap menerusi televisyen.
Hailemariam, yang mengetuai negara sejak 2012 juga meletak jawatan sebagai pengerusi gabungan pemerintah.
Beratus-ratus orang telah meninggal dunia sejak protes anti-kerajaan sejak tiga tahun lalu.
Demonstrasi pertama tersebar di seluruh negara pada tahun 2015 di tengah-tengah permintaan pembaharuan politik dan ekonomi dan penghapusan rasuah negara.
Selepas 10 bulan meletakkan negara itu dalam darurat yang berakhir tahun lalu, ia masih gagal menangani protes terhadap kerajaan.
Keadaan itu mengakibatkan beliau terpaksa membebaskan penyokong pembangkang dari penjara bulan lalu.
“Tangkapan dan krisis politik menyebabkan kita kehilangan banyak nyawa, juteru saya melihat peletakan jawatan sebagai penting supaya negara melakukan pembaharuan dalam menuju keamanan dan demokrassi yang mampan,” tambahnya. – MalaysiaGazette