Home Nasional Minta PM jelas jika Malaysia ada hubungan dengan Israel

Minta PM jelas jika Malaysia ada hubungan dengan Israel

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak untuk memberi penjelasan sama ada Malaysia mempunyai sebarang hubungan rasmi secara tertutup dengan Israel.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kehadiran diplomat Israel ini adalah satu tamparan ke atas umat Islam dan perdana menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Sebelum ini beberapa pihak terdiri daripada wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menyatakan rasa kecewa dan mengecam tindakan kerajaan yang membenarkan kemasukan diplomat Israel ke negara ini bagi mengikuti Forum Urban Sedunia Kali Ke-9 (WUF9) di ibu negara baru-baru ini.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan semalam menegaskan penyertaan Israel adalah jemputan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui agensinya iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur program.

Tuan Ibrahim berkata,usaha kerajaan menganjurkan Himpunan Solidariti Al Aqsa di Putrajaya baru-baru in, berjaya meningkatkan kesedaran umat Islam namun dari satu sisi lain, kerajaan perlu istiqamah dengan pendirian tersebut.

“Sikap double standard ini memperlihatkan kerajaan tidak serius membela nasib umat Islam di Palestin khasnya Baitulmaqdis yang telah diisytiharkan oleh Presiden Amerika sebagai ibu negara haram Israel,” ujarnya.

Beliau berkata, insiden itu membuktikan kerajaan BN tidak serius bagi membela nasib Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. – MalaysiaGazette

 

Penyertaan Israel dalam WUF 9 jemputan PBB – Anifah