MEXICO CITY – Lawatan rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dan Gabenor Oaxaca ke kawasan yang dilanda gempa bumi di Oaxaca bertukar tragedi apabila sebuah helikopter tentera terhempas mengakibatkan 14 orang terbunuh.
Helikopter Balck Hawk yang membawa Menteri Dalam Negeri, Alfonso Navarrete Prida dan Gabenor Oaxaca, Alejandro Murat yang hampir mendarat tiba-tiba hilang kawalan dan terhempas di Santiago Jamiltepec, lapor Mexico News Daily.
Helikopter itu terhempas pada sekumpulan mangsa gempa bumi yang berkhemah di atas padang selepas rumah mereka mengalami kerosakan berikutan gegaran berskala 7.2 Richter yang melanda wilayah tersebut pada pukul 5.39 petang semalam.
Seramai 13 orang dewasa dan seorang bayi berusia enam bulan terkorban manakala 13 orang lagi mengalami kecederaan.
Neither Navarrete dan Murat tidak cedera dalam insiden tersebut.
Kedua-dua pegawai tersebut pergi ke wilayah pantai Oaxaca untuk melihat kerosakan akibat gempa bumi itu. – Agensi