Home Dunia Presiden Sudan arah tahanan politik dibebaskan

Presiden Sudan arah tahanan politik dibebaskan

KHARTOUM – Presiden Sudan Omar Hassan al-Bashir mengarahkan lebih 80 tahanan politik yang membantah kenaikan harga barang ditahan sejak Januari yang lalu dibebaskan secara berperingkat.

Mengesahkannya, jurucakap presiden itu berkata, seramai 40 tahanan sudah dibebaskan daripada penjara sejak semalam.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pemimpin pembangkang terkemuka masih ditahan.

Keluarga tahanan dilapor meraikan pembebasan itu di hadapan bangunan penjara dengan ada antara mereka melaungkan ‘kebebasan, kebebasan’ dan menyanyikan lagu kebangsaan.

Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu menarik balik sekatan ekonomi selama 20 tahun terhadap Sudan.

Keadaan itu membuatkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencadangkan negara Afrika itu mengapungkan mata wang untuk memulihkan ekonomi.

Sudan menolak cadangan itu tetapi memilih untuk menurunkan nilai mata wangnya pada Januari. yang kemudiannya menimnbulkan kemarahan rakyat. -MalaysiaGazette

+ posts