Home Nasional Bekas penjaga gol kebangsaan meninggal dunia

Bekas penjaga gol kebangsaan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas penjaga gol kebangsaan, Chow Chee Keong meninggal dunia pada usia 69 tahun.

Mendiang meninggal dunia pada pukul 7 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Kematiannya disahkan oleh anaknya, Adrian Chow.

Chee Keong yang merupakan pemain bola sepak profesional pertama di Malaysia pernah dipilih sebagai pemain terbaik Asia oleh Konfederasi Bola Sepak Asia lima kali berturut-turut dari 1966 hingga 1970. – MalaysiaGazette