Home Politik Kit Siang perlu minta Guan Eng berundur jika ikhlas perangi rasuah

Kit Siang perlu minta Guan Eng berundur jika ikhlas perangi rasuah

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar supaya mendesak anaknya, Lim Guan Eng berundur daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, jika benar beliau menentang rasuah.

Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR), Datuk A. Chandrakumanan berkata, pemimpin DAP itu tidak berani menegur Setiausaha Agung DAP itu yang sedang disiasat dalam skandal rasuah melibatkan pembelian banglo, penjualan tanah dan projek pembinaan terowong dasar laut.

“Selain itu, sejak tiada pemimpin berani mempersoalkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membersihkan namanya dalam skandal jualan tanah mukim Ijok, kenapa Kit Siang tidak berani nasihat MB Selangor itu.

“Sehingga kini, Kit Siang menutup mulut dalam isu rasuah dan skandal banglo serta projek terowong dasar laut melibatkan anaknya, tetapi celupar menuding jari ke arah kerajaan Pusat seolah dia pemimpin paling bersih di dunia.

“Tambahan pula, menyedari rakyat berbilang kaum membuta tuli mengikut segala kata-katanya, dia tanpa rasa bersalah terus mengambil kesempatan itu mendesak rakyat menentang kerajaan Pusat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Chandrakumanan mencabar Kit Siang supaya membuktikan usaha Pakatan Harapan yang dilaungkan selama ini adalah untuk rakyat.

 

“Kita masih belum dapat melihat projek terowong dasar laut walaupun ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk menyiapkan laporan sahaja setakat ini tetapi bapa, anak dan menantu menikmati perjalanan udara di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar), katanya. – MalaysiaGazette