KUALA LUMPUR – Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penerbitan sukuk dunia pada 2017 dengan terbitan bernilai AS$36.5 bilion daripada sukuk global.
Ini diikuti oleh Arab Saudi (AS$31.7 bilion), Indonesia (AS$6.9 bilion) dan Qatar (AS$5.6 bilion), kata RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) dalam satu kenyataan hari ini.
Jumlah terbitan sukuk global pada 2017 turut melepasi unjuran awal RAM Ratings sebanyak S$85 billion-US$90 billion apabila meningkat 33.6 peratus bagi tahun ke tahun kepada AS$97.3 bilion (2016: AS$72.9 bilion).
Ini didorong oleh lonjakan terbitan sukuk sebanyak 144.5 peratus atau AS$46.6 bilion daripada kalangan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk, kata agensi penarafan itu. – MalaysiaGazette