KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan Proton dapat meneruskan kelangsungan operasinya dalam pasaran yang sangat kompetitif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Proton tidak boleh gagal kerana mempunyai komitmen besar.
“Proton adalah masalah legasi. Ia tidak boleh survive dengan pasaran 70,000 sahaja.
“Jadi yang mana boleh kita bantu, kita buat. Yang mana terpaksa diselamatkan, akan kita selamatkan. Proton terlalu besar untuk gagal,” katanya semasa Sesi perkongsian #Bajet2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Pusat Perubatan UKM.
Katanya, kerajaan telah memberi suntikan sebanyak RM3 bilion bagi membolehkan Proton terus beroperasi. – MalaysiaGazette