Home Nasional Mana ada SPRM serbu pejabat Azmin

Mana ada SPRM serbu pejabat Azmin

Tan Sri Dzulkifli Ahmad
Dzulkifli Ahmad bercakap pada sidang media khas di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menafikan dakwaan pihaknya telah melakukan serbuan di Pejabat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Zulkifli Ahmad membidas sikap pihak tertentu yang menyebarkan dakwaan palsu itu kerana tidak ada tindakan penguatkuasaan seperti itu berlaku.

“Mana ada kami (SPRM serbu pejabat MB Selangor. Tiada serbuan di pejabat menteri besar, berdasarkan maklumat terbaharu SPRM pergi ke lima syarikat dan satu firma guaman menyita dokumen (isu jualan tanah di mukim Ijok) untuk siasatan,” katanya keitka ditanya pemberita dalam sidang media khas di sini.

Terdahulu beliau hadir ke Mesyuarat Lembaga penasihat Badan Bebas SPRM yang telah dipengerusikan oleh Penasihatnya Tan Sri Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim di Akademi SPRM, Jalan Duta di sini.

Dalam perkara berkaitan, Zulkifli juga menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan sejawarnya dalam siastan kes itu.

“Pegawai penyiasat kami sedang meneliti dokumen-dokumen berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya nanti.

“Tapi entah dari mana mereka dapat berita kononnya SPRM serbu pejabat MB,,ia hanyalah berita palsu,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Tanah Ijok itu dikatakan telah dijual dengan nilai pasaran semasa RM1.18 bilion tetapi peneroka yang terjejas difahamkan hanya dibayar pampasan sekitar RM420 juta sahaja oleh kerajaan negeri Selangor.- MalaysiaGazette