ENGLAND – Arsene Wenger mengakui dia tidak dapat memahami kenapa Mesut Ozil terus jatuh sakit.
Namun, Pengurus Arsenal itu yakin bintang Jerman itu sudah bersedia untuk beraksi pada aksi akhir Piala EFL Sabtu ini.
Ozil tidak dapat menyertai latihan pasukan kerana tidak sihat.
Kini tahap kecergasan pemain itu menjadi persoalan sama ada pemain itu cergas 100 peratus untuk bertemu Manchester City hujung minggu ini.
Ini merupakan kali keempat Ozil diketepikan akibat penyakit dan Wenger bimbang tentang sistem imunisasi pemain itu yang agak lemah ketika ini.
“Saya tak faham kenapa dia masih belum sihat, dan difahamkan dia lemah kerana daya tahan penyakit dalam badannya kurang.
“Sejak Isnin lalu dia terlantar atas katil kerana sakit” katanya. – MalaysiaGazette