Home Seni Hidup Nora pilih nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz

Nora pilih nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz

Foto Instragram Nedim.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai sehari pelakon Nora Danish melahirkan anak, dia dan suami, Nedim tidak keberatan berkongsi wajah comel bayi itu dan namanya.

Pasangan itu memilih nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz buat anak pertama mereka.

Malah Mohamed Neqayl sudah dipanggil dengan nama timangan manja iaitu Ney Ney.

Pada masa sama, foto Mohamed Neqayl juga menjadi viral di laman sosial.

Selain dapat menatap wajah Ney Ney yang kemerah-merahan, netizen juga dapat melihat rupa Nora yang baru melahirkan bayi secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Sebelum ini, ramai pasangan selebriti memilih tidak berkongsi foto anak yang baru dilahirkan hingga tempoh tertentu atas alasan privasi dan pantang larang.

Mohamed Neyqal dilahirkan secara pembedahan jam 9.02 pagi semalam dengan berat tiga kilogram.

Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki. – MalaysiaGazette