SUNGAI BESAR – Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional (BN) yang paling layak untuk ‘merampas’ kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan daripada DAP.
Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, dengan keupayan dan pengalaman Presiden MCA itu, ia diyakini mampu menumbangkan penyandang kerusi berkenaan, Ng Suee Lim yang memegangnya sejak tiga penggal lalu.
“Sudah tiga penggal DUN Sekinchan ini kalah dan kali inilah saya ingin memastikan apa cara sekali pun BN boleh merampas kembali (kawasan ini).
“Untuk laluan mudah merampas DUN Sekinchan ini, calon tersebut perlulah mempunyai kehebatan tersendiri
“Jadi saya mencadangkan Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri bertanding di DUN Sekinchan selain bertanding di Parlimen Bentong,” katanya selepas Perjumpaan Ketua Empat Peringkat Zon 3 Sungai Besar, di Balai Raya Sungai Nipah Baroh, di sini, semalam.
Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berucap pada Perjumpaan Ketua Empat Peringkat Zon 3 di Balai Raya Sungai Nipah Baroh, Sungai Besar, semalam.Jamal juga tidak menolak mana-mana calon yang diketengahkan MCA, namun beliau hanya bimbang sekiranya wakil parti komponen BN itu gagal sekali lagi memberikan kemenangan pada PRU-14.
“Selaku Pengerusi Perhubungan MCA Selangor, apa salahnya Tiong Lai bertanding, asalkan kita boleh menang,” katanya.
Sementara itu, beliau juga menegaskan, UMNO Sungai Besar sedia mengambil alih kuota MCA di DUN Sekinchan sekiranya parti komponen BN itu masih gagal menampilkan calon boleh menang pada PRU-14.
“UMNO juga mengambil langkah tangan terbuka, jika MCA tidak dapat memastikan calon berkenaan yang mudah untuk menang, kami bersedia untuk mengambil alih kerusi tersebut (Sekinchan) daripada kouta MCA.
“Kalau kuota UMNO pun, jika dilihat kawasan tersebut boleh menang kepada MCA, bagilah kepada MCA,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.
Sedia bertanding jika pengundi Sekinchan terima – Tiong Lai