Home Utama BR1M untuk membantu rakyat benar-benar memerlukan

BR1M untuk membantu rakyat benar-benar memerlukan

MGF30082017_Majlis-Menandatangani-MOF_061-640x427
Mohd Irwan Serigar Abdullah

KUANTAN – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan kaedah digunakan kerajaan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan sampai kepada golongan sasar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata kerajaan juga sentiasa mencari jalan untuk menambah baik kaedah pemberian BR1M dan membantu meningkatkan taraf ekonomi penerimanya menerusi pelbagai latihan dan program.

“Antaranya menerusi latihan keusahawanan, kemudahan pinjaman perniagaan dan sebagainya kerana kerajaan tidak mahu mereka selamanya berada di takuk yang sama. Perubahan perlu dilakukan bagi memastikan kehidupan yang lebih baik di masa depan,” katanya.

Justeru, katanya tindakan pembangkang yang mengaitkan pemberian BR1M sebagai ‘gula-gula’ kerajaan menjelang pilihan raya umum adalah modal lapuk dan bersifat fitnah.

“BR1M diberi kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan mereka akan berbelanja untuk keperluan sendiri dan pada masa sama membantu menggerakkan ekonomi negara,” katanya kepada pemebrita selepas menghadiri Program Keusahawanan Bumiputera (BAHTERA) 2018 edisi Timur di sini hari ini.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts