BEIJING- China tidak ada mengeksport sebarang jenis bahan api ke Korea Utara malah mengurangkan lagi dagangan dengan negara tersebut.
Ia disebabkan oleh peningkatan ketegangan akibat program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.
Data rasmi daripada Pentadbiran Umum Kastam hari ini menunjukkan tiada penghantaran diesel, gasoline atau bahan api kapal dibuat dalam tempoh empat bulan berturut-turut.
China selama ini merupakan sumber bahan api utama Korea Utara.
Satu-satunya bahan api yang dihantar ke Korea Utara adalah 201 tan gas petroleum cecair (LPG).
Menurut data tersebut, perdagangan dengan Korea Utara jatuh ke paras terendah sejak Jun 2014.-MalaysiaGazette