Home Sukan Tindakan kepada Guardiola gara-gara riben kuning

Tindakan kepada Guardiola gara-gara riben kuning

Pep Guardiola.

ENGLAND – Pengurus Manchester, City Pep Guardiola telah diambil tindakan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England hari ini.

Pengurus warga Sepanyol itu diambil tindakan kerana memakai ‘riben kuning’ sebagai mesej politik menyokong tuntutan kebebasan oleh Catalan.

Menurut FA, riben kuning yang dipakai oleh bekas jurulatih Barcelona pada jaket itu menyokong pemimpin Catalan yang dipenjarakan telah melanggar peraturan pengiklanan bola sepak.

Guardiola yang akan berdepan Arsenal dalam aksi final Piala Carabao pada Ahad ini diberi masa hingga Isnin depan untuk menjawab dakwaan itu.

Pep Guardiola didakwa memakai riben kuning itu semasa sidang media menjelang pusingan akhir Carabao Jumaat lalu.

Tindakan Guardiola dilihat menyokong ahli politik,, Jordi Cuixart dan Jordi Sanchez yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Catalan daripada Sepanyol.

Difahamkan, FA England telah memberi amaran berganda kepada Pep Guardiola kerana memakai riben kuning sebelum didakwa atas kesalahan memakai riben itu semasa permainan menentang Wigan Athletic.

Guardiola juga dikatakan telah diperiksa sejurus selepas mendarat di lapangan terbang Barcelona minggu lalu berikutan tindakannya itu.

Malah Polis Sepanyol turut dikatakan memeriksa jet peribadi yang dinaiki Guardiola sama ada ahli bola sepak itu meyeludup masuk ahli politik, Carles Puigdemont ke negara itu. – MalaysiaGazette