JAKARTA – Wanita berusia 66 tahun maut dibaham buaya di di sebuah kampung terpencil di Teluk Kuali, Sumatera.
Menurut polis, keluarga dan jiran wanita itu melancarkan operasi mencari apabila beliau gagal pulang ke rumah selepas pergi ke sebuah taman di tebing sungai.
Tambah polis, mayat mangsa kemudiannya berjaya ditemui tanpa kedua-dua tangannya.
“Hasil operasi mencari penduduk kampung berjaya menemui mayat mangsa di tebing sungai berkenaan,” kata jurucakap polis Jambi, Kuswahyudi Tresnadi. -MalaysiaGazette