KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang melabel jutawan gula, Tan Sri Robert Kuok sebagai pondan disifatkan tidak wajar.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, gelaran seperti itu bukan amalan budaya yang baik memandangkan Robert juga banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang lain.
“Ia bukan budaya kita untuk memanggil Robert Kuok sebagai ‘pondan’ terhadap dakwaan memberi dana kewangan.
“MCA berpandangan beliau adalah seorang ahli perniagaan yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara umum. Beliau adalah ikon perniagaan kita dan dihormati oleh rakyat Malaysia semua latar belakang etnik.
“Dia tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang politik, apalagi untuk bertanding dalam PRU-14,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Lian Ker juga mengungkit hubungan mesra antara Mohamed Nazri dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan mendakwa kritikan terhadap Robert sebenarnya hanya akan memberi ‘kelebihan’ kepada DAP.
Hubungan rapat Mohamed Nazri dan Guan Eng diketahui umum. dan kenyataannya mungkin nampak menyerang Robert tetapi sebenarnya ia tidak membantu BN sebaliknya membantu DAP dan Guan Eng.
“Kenapa kamu menyerang Robert dan bukannya DAP melihat dalam isu skandal terowong Pulau Pinang?” katanya lagi.
Menurut Lian Ker lagi, jika benar dakwaan Kuok menaja DAP, ia perlu dibuktikan mengikut lunas undang-undang.
“Kita mempunyai undang-undang dan risikan untuk menangani isu sebegini,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, bukan sahaja Robert mendapat manfaat daripada polisi kerajaan BN selama ini tapi ramai ahli perniagaan lain juga mendapat manfaatr yang sama sehingga berjaya sehingga kini. – MalaysiaGazette
Taja DAP, Nazri mahu Robert Kuok bertanding PRU-14