Home Ekonomi Harga minyak WTI naik

Harga minyak WTI naik

TOKYO – Harga minyak Amerika Syarikat naik untuk sesi keempat dalam dagangan hari ini kepada hampir tiga minggu tinggi, disokong oleh tanda-tanda pengeluaran kukuh oleh OPEC dan negara-negara bukan OPEC.

Minyak mentah West Texas Intermediateuntuk penghantaran April naik AS$0.10 sen pada AS$64.01 setong pada 0020 GMT. Kontrak itu mencecah AS$64.24 pada hari Isnin, tertinggi sejak 6 Februari.

Minyak mentah Brent belum memulakan dagangan selepas naik AS$0.19 kepada AS$67.50 ketika ditutup.

Sabtu lalu, Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih memberitahu, pengeluaran minyak mentah berada di bawah paras pengeluaran kerana Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu-sekutunya komited untuk mengurangkan bekalan untuk menstabilkan semula harga pasaran.

Harga minyak juga disokong oleh data Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat pada hari Khamis lalu yang menunjukkan pengeluaran minyak domestik turun kepada 10.27 juta tong sehari daripada 10.271 juta tong seminggu sebelumnya. – MalaysiaGazette