SINGAPURA – Rombakan Kabinet yang akan diadakan selepas penangguhan Parlimen akan memberi lebih banyak pendedahan dan tanggungjawab kepada menteri-menteri muda.
“Dengan cara ini, pengganti saya akan disokong oleh pasukan yang lebih kuat dan berpengalaman, komited untuk memimpin Singapura untuk masa depan dengan lebih baik,” kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi Facebook.
Perbahasan Bajet Singapura bermula hari ini diikuti debat Jawatankuasa Bekalan bagi perbelanjaan setiap kementerian, yang dijangka berakhir pada 9 Mac ini.
“Selepas itu Parlimen akan ditangguhkan untuk rehat pertengahan penggal dan dibuka semula pada Mei,” katanya.
Pada Januari lalu, Lee berkata, rombakan Kabinet Singapura akan menjadi langkah signifikan dalam pembentukan pelapis kumpulan pemimpin, meskipun beliau tidak merancang untuk melantik timbalan-timbalan perdana menteri baru.
Lee berkata sebelum ini bahawa agenda Kerajaan akan “menanggung jejak” para pemimpin generasi keempat, yang mengambil tanggungjawab yang lebih besar dan meletakkan idea mereka untuk Singapura.
Beliau juga telah meminta meminta menteri generasi keempat merangka agenda kerajaan untuk ucapan presiden ketika sesi parlimen baru dibuka pada bulan Mei nanti.
“Ia akan memberikan rasa yang lebih baik kepada rakyat Singapura dan pemikiran mereka,” katanya.
Lee sebelum ini berkata, agenda kerajaan akan diteruskan oleh pemimpin generasi keempat, yang mengambil tanggungjawab yang lebih besar dan meletakkan idea mereka untuk Singapura. – MalaysiaGazette