Home Seni Hidup Wardina mahu Neelofa tarik balik kenyataan

Wardina mahu Neelofa tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR – Nampaknya selepas dua hari namun isu pelancaran koleksi tudung Neelofa yang diadakan di kelab malam masih lagi menjadi perbualan hangat.

Bukan sahaja netizen, ianya turut mencuri perhatian mufti-mufti dari Kelantan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Pelbagai pihak yang mengkritik acara tersebut ditambah pula dengan kata-kata Neelofa tidak peduli kritikan netizen.

Tidak ketinggalan, bekas pelakon, Wardina Safiyyah tidak ketinggalan membuat posting di akaun Instagramnnya dan menggesa pengacara popular dan usahawan muda itu menarik balik kenyataan dia tidak mempedulikan kritikan yang dibuat terhadapnya.

Ujar Wardina, Neelofa tidak sepatutnya meninggi diri dan bersedia untuk menerima teguran.

“Mungkin sepatutnya Neelofa menarik balik kenyataan bahawa dia tidak kisah. Dia sepatutnya ambil peduli. Saya tahu dia peduli,” katanya yang dalam masa yang sama turut mengagumi semangat Neelofa.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, semalam menulis surat terbuka kepada Neelofa yang menasihatkannya untuk merujuk kepada ulama sebelum bertindak, memelihara imej wanita bertudung dan mencari rezeki yang berkat.

Dalam perkembangan terkini Syarikat pengacara itu, NH Prima International Sdn. Bhd menerusi Pengarah Urusan merangkap kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd. Noor memohon maaf berikutan kekecohan pelancaran koleksi tudung terbaharunya yang mendapat kritikan hebat apabila berlangsung di sebuah pusat hiburan baru-baru ini. -MalaysiaGazette