BANGKOK – Seorang pemilik kedai di Narathiwat ditahan selepas didapati trak yang dipandu merempuh motosikal pekerjanya dan kemudian melarikan diri.
Kolonel Polis, Prayut Wongsanti berkata, suspek Saroj Lee, 40 ditahan dan didakwa membunuh selepas kamera keselamatan merekodkan perbuatan itu di hadapan kedai miliknya pada Selasa lalu.
Pekerja itu dikenali sebagai Mada-oh Maba, 39.
Saroj mengakui dia mempunyai konflik peribadi dengan Mada-oh dan ketika melihat mangsa menunggang motosinya melewati pikapnya beliau bertindak mengejar dia.
Rakaman menunjukkan pikap suspek merempuh motosikal mangsa, menyebabkan Mada-oh bergolek jatuh di hadapan kedai Saroj.
Saroj kemudian bertindak membuka pintu dan melihat mangsa.
Pada saat itu, seorang lelaki berlari untuk menarik mangsa tetapi pikap suspek berundur dan kemudian merempuh tubuh mangsa. – MalaysiaGazette