KUALA LUMPUR – Semua kerusi yang akan ditandingi Parti Amanah Negara (PAN) di Selangor akan dicabar Pas kerana kerusi tersebut adalah milik parti Islam itu sebelum ini, kata Pengarah Pilihan Raya Negerinya, Roslan Shahir Mohd Shahir.
Roslan Shahir berkata, matlamat PAN adalah untuk menjatuhkan Pas dan ia menjadi kewajipan untuk mereka menentang musuh utama itu, malahan taraf PAN sebenarnya lebih rendah daripada UMNO.
“Dari istilah politik, bagi kami PAN ini kalau tidak setaraf atau lebih rendah lagi daripada UMNO,” beliau dipetik berkata.
Beliau turut menyalahkan PAN sebagai punca mereka sukar untuk bekerja dengan Pakatan Harapan (PH) dan mereka berazam menebus kembali semua kerusi yang dilarikan PAN setelah rakyat memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pas pada PRU13 lalu.
“Malah, kesukaran untuk kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan (Harapan) itu berpunca dengan adanya PAN dalam Harapan (PH),” katanya. – MalaysiaGazette