Home Dunia Pengarah komunikasi keempat Trump letak jawatan

Pengarah komunikasi keempat Trump letak jawatan

Hope Hicks

WASHINGTON – Pengarah Komunikasi dan salah seorang penasihat Donald Trump, Hope Hicks melepaskan jawatan itu selepas bertahun bekerja bersama Presiden Amerika Syarikat.

Hicks, 29, adalah ketua komunikasi keempat White House.

Jurucakap White House berkata, beliau tidak tahu bila Hicks akan meninggalkan pentadbiran White House.

Bagaimanapun, Sanders berkata, peletakan jawatan Hicks tidak ada kaitan dengan Dewan Jawatankuasa Perisikan.

Hicks didakwa telah mengakui kepada panel tersebut telah melakukan pembohongan untuk Trump.

Namun beliau menafikan pembohongan itu mengenai siasatan berkaitan pembabitan Rusia berhubung pilihan raya Amerika Syarikat pada tahun 2016. – MalaysiaGazette