KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi majlis hari lahir dan pelancaran produk di kelab malam baru-baru ini, Neelofa terus ditimpa malang.
Selebriti dan usahawan tudung itu dikatakan bakal digugurkan dalam senarai anugerah Ikon Wanita yang bakal dianjurkan oleh sebuah kementerian.
Difahamkan, acara pengumuman anugerah itu akan diadakan dalam masa terdekat.
Pihak kementerian dikatakan terpaksa menggugur nama Neelofa kerana tidak mahu menerima tempias daripada kontroversi yang berlaku.
Selain nama pengacara popular itu, antara penerima Ikon Wanita lain yang akan menerima anugerah adalah Datuk Vivy Yusuf, Datuk Nurul Hidayah dan Datuk Ziela Jalil yang pemilihan mereka berdasarkan kejayaan dalam bidang masing-masing.
Sebelum ini, sehari selepas kontroversi itu, Neelofa kehilangan 100,000 pengikut di laman sosial Instagramnya.
Paparan skrin laman sosial Instagram Neelofa yang menunjukkan penurunan jumlah pengikutnya sebanyak 100,000 sejak kontroversi pelancaran koleksi tudung terbaharunya.
Neelofa sebelum ini memiliki 5.5 juta pengikut menerima kecaman hebat daripada netizen yang mengkritik tindakannya mengadakan majlis tersebut di sebuah kelab malam popular di Jalan Tun Razak, di sini malam Isnin lalu.
Malah, sehingga hari ini Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor masih menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen sehingga ada yang mendakwa mahu memboikot artis itu.
Sehubungan itu, pengacara program MeleTop itu bertindak menutup ruangan komen di entri terkininya.
Dalam pada itu, biarpun dihimpit dengan kontroversi, koleksi baharunya, Be Lofa habis dijual hanya dalam tempoh 24 jam.-MalaysiaGazette
tak kisah lah orang nak boikot . barang habis juga.
habis ke? kat butik td punyalah banyak. Tuntutan syariat menutup aurat tak selari dgn koleksi NH kali ini – tak setuju dan tak akan beli.
Entah entah beli sendiri