Home Dunia Doktor salah bedah otak pesakit didesak letak jawatan

Doktor salah bedah otak pesakit didesak letak jawatan

NAIROBI – Seorang doktor pakar bedah saraf bersama beberapa anggota kakitangan berdepan didesak letak jawatan di sebuah hospital kerajaan di Nairobi apabila ‘tersilap’ melakukan pembedahan terhadap pesakit.

Agensi melaporkan, kekeliruan timbul apabila kakitangan di Hospital Nasional Kenyatta di Nairobi apabila tersilap melihat tag pengenalan pesakit dan bertindak melakukan pembedahan mengeluarkan darah beku.

Terkejut apabila membuka tengkorak pesakit tiada sebarang darah beku, mereka panik dan menyemak semula rekod kesihatan mangsa itu sebelum menyedari pihaknya telah membuat kesilapan membedah pesakit.

Akhbar Daily Nation Kenya melaporkan, sumber hospital memberitahu, antara dua pesakit itu, salah seorang daripadanya memerlukan pembedahan otak manakala seorang lagi memerlukan rawatan otak membengkak.

Lebih membimbangkang dan mengejutkan apabila proses pembedahan itu telah mengambil masa lebih beberapa jam sebelum menyedari kesilapan mereka.

Insiden itu menyebabkan masyarakat setempat marah dan menuntut kakitangan hospital itu segera meletak jawatan dan hospital itu juga di tutup berikutan kebimbangan kesilapan seperti itu mungkin berulang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif hospital berkenaan, Lily Koros Tare, seramai empat anggota perubatan termasuk ketua doktor telah digantung khidmat kerana menjalankan pembedahan ke atas pesakit yang salah.

Bagaimanapun, nasib pesakit yang telah salah di bedah itu berada dalam keadaan baik manakala pesakit dengan darah beku itu sedang menunggu laporan terbaru sebelum di bedah.- MalaysiaGazette