Home Ekonomi Felcra Residence untuk profesional pendapatan tinggi

Felcra Residence untuk profesional pendapatan tinggi

Lakaran artis Felcra Residence

KUALA LUMPUR – Felcra Properties Sdn. Bhd. membangunkan Semarak Residence dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM650 juta.

Projek pembangunan yang terletak di dalam keluasan 4 ekar tanah ini merupakan pangsapuri perkhidmatan 480 unit yang terdiri dari menara kediaman 43 tingkat, Menara Felcra dengan pejabat 35 tingkat dansebuah pusat konvensyen antarabangsa.

Harga seunit yang dinyatakan untuk Semarak Residence dianggarkan antara RM728,000 hingga RM1.5 juta – harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran purata di lokasi ini.

Unit ini dibina di antara 700 kaki persegi hingga 1,227 kaki persegi dan terdapat tujuh jenis kediaman berbeza – Studio 1 bilik tidur berkeluasan 700 kaki persegi, 2 bilik tidur berkeluasan 786 kaki persegi, 807 kaki persegi, 840 kaki persegi, 926 kaki persegi, 958 kaki persegi dan 969 kaki persegi; serta 3 bilik tidur berkeluasan 1,098 kaki persegi, 1,227 kaki persegi, 1,282 kaki persegi dan 1,345 kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, projek ini disasarkan untuk profesional berpendapatan tinggi.

Di bina di lokasi strategik, Semarak Residence mempunyai jaringan lebuh raya Jalan Tun Razak, Jalan Semarak dan Jalan
Ampang dan hanya 2 kilometer ke KLCC.

Antara kemudahan yang disediakan di Semarak Residence renang infiniti, gimnasium, kawasan barbeku dan ruang rehat yang luas.

Pembeli projek kediaman ini ditawarkan pakej perabot untuk kediaman seperti kabinet dapur, almari pakaian di dalam setiap bilik tidur dan penghawa dingin untuk kesemua bilik tidur serta ruang tamu.

Yuran penyelenggaraan dianggarkan sekitar 20 sen untuk setiap kaki persegi. – MalaysiaGazette