MICHIGAN – Seorang pelajar Central Michigan University yang disyaki menembak mati ibu bapanya di dalam asrama kampus semasa bertengkar berjaya ditangkap selepas sehari usaha menjejakinya dilakukan.
Suspek itu dilihat oleh seorang individu di sebuah kereta api di bahagian utara kampus di Mount Pleasant, kira-kira 125 batu (200 km) barat laut Detroit, sejurus selepas tengah malam dan ditahan tanpa sebarang insiden masalah, kata Heather Smith, jurucakap universiti, dalam satu kenyataan.
Suspek dikenali sebagai James Eric Davis Jr., 19.
“Ia adalah insiden terpinggir. Dua individu maut dalam kemudahan universiti,” kata Gabenor Michigan, Rick Snyder.
Dua mangsa yang maut ialah James Davis dan Diva Davis .
Sebelum kejadian, suspek didakwa telah dibawa ke hospital selepas mengambil lebihan dos dadah. – MalaysiaGazette