FRANKFURT – Li Shufu, pengasas dan pemilik utama Geely, tidak mempunyai rancangan untuk menambah kepentingannya selepas menguasai hampir 10 peratus di Daimler.
“Pada masa ini, kami tidak mempunyai rancangan untuk menambah, kami akan menumpukan perhatian kepada perkembangan terkini yang ada. Terdapat banyak idea dan banyak yang perlu dilakukan,” katanya kepada akhbar Bild am Sonntag.
Li telah mengetuai pengambilalihan global sejak 2010, ketika ia mengambil alih jenama kereta Volvo dari Ford Motor Co dalam perjanjian bernilai AS$1.8 bilion.
Sepanjang tahun lepas, beliau telah membeli saham pembuat trak AB Volvo pada harga AS$ 3.3 bilion, pegangan 49.9 peratus dalam kereta Proton Malaysia dan Terrafugia.
Beliau juga memiliki LEVC, pembuat teksi hitam ikonik London.
Beliau membeli saham berjumlah AS$9 bilion dalam Daimler, yang dilancarkan minggu lalu, mengejutkan pasaran dan menimbulkan kebimbangan di Jerman.
Mengikut pelbagai sumber dan dokumen yang ditinjau oleh Reuters, Li menggunakan syarikat shell Hong Kong, derivatif, pembiayaan bank dan pilihan saham yang distrukturkan untuk menjadi pemegang saham terbesar Daimler
Ditanya oleh Bild am Sonntag bagaimana beliau membiayai pembelian itu Li berkata, beliau menggunakan dana sendiri dan ada dibiayai melalui bank asing, tanpa memberikan butiran.
Katanya, tiada dana kerajaan digunaan dan beliau tidak meminta kelulusan kerajaan sebelum membeli saham itu.
“Kami tidak pernah meminta kerajaan China untuk mendapatkan kelulusan pelaburan sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette