BEIJING – China mengumumkan bajet ketenteraan sejumlah AS$175 bilion atau 1.11 trilion yuan untuk tahun akan datang.
Jumlah itu menyaksikan kenaikan sebanyak 8.1 peratus berbanding tahun lalu.
Pada tahun lalu bajet pertahanan ditetapkan meningkat 7 peratus kepada 1.044 trilion yuan, kira-kira suku daripada cadangan perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat pada tahun lalu.
“China akan memajukan semua aspek latihan ketenteraan dan kesiapan perang dan melindungi kepentingan kedaulatan, keselamatan, dan pembangunan negara,” kata Perdana Menteri, Li Keqiang. – MalaysiaGazette