Home Sukan 88 peratus ahli kelab penyokong Arsenal mahu Wenger dipecat

88 peratus ahli kelab penyokong Arsenal mahu Wenger dipecat

KUALA LUMPUR – Soal selidik Yayasan Penyokong Arsenal (AST) baru- baru ini mendedahkan sebanyak 88 peratus ahlinya tidak menyokong Arsene Wenger kekal sebagai pengurus di Emirates.

Mesyuarat agung tahunan yayasan itu berlangsung di London pada pagi Isnin setelah the Gunner tersungkur 2-1 di tangan Brighton di Stadium Falmer Ahad lalu.

Mereka yang hadir ke mesyuarat itu  disoal selidik secara individu.

Mereka disoal mengenai keyakinan ke atas Wenger sama ada perlu terus kekal di kelab selepas musim berakhir atau dipecat.

Hasil soal selidik majoritinya mengundi tidak mahu Wenger manakala hanya tujuh  peratus ahli mahu pengurus kelahiran Perancis itu kekal di Emirates.

Yayasan itu mempunyai 1,000 ahli dan hanya 450 orang menyertai soal selidik itu.

Jurucakap AST, Nigel Phillips memberitahu Sky Sports News;”Kami tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan.

“Mungkin kita berada dalam masa memerlukan perubahan dan pasti lembaga pengarah dan pemilik kelab menyedarinya.

“Wenger merupakan individu yang berada dalam keadaan terdesak ketika ini,” katanya.

Wakil AST telah diberi kebenaran untuk duduk semeja secara peribadi dengan Ketua Eksekutif Arsenal Ivan Gazidis pada Ahad.

Mereka akan berpeluang untuk mengemukakan hasil keputusan soal selidik yang diperoleh.- MalaysiaGazette