Home Dunia Arab Saudi benarkan Air India guna ruang udara ke Israel

Arab Saudi benarkan Air India guna ruang udara ke Israel

Pesawat Air India

WASHINGTON – Arab Saudi memberi kebenaran kepada Air India menggunakan wilayahnya untuk mengadakan penerbangan ke Tel Aviv, kata Perdana Menteri Israel, Benkamin Netanyahu.

Tiada pengesahan sama ada dari Arab Saudi atau Air India setakat ini. Netanyahu membuat pengumuman itu kepada wartawan Israel di Washington selepas menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Arab Saudi tidak mengiktiraf Israel dan menarik semula larangan penggunaan ruang udaranya kepada negara itu yang berusia 70 tahun akan menggambarkan menjalin hubungan antara Israel dengan Arab Saudi, yang mana kedua-dua negara itu dan AS berkongsi kekhuatiran terhadap pengaruh Iran di rantau itu.

Pada bulan lalu, Air India mengumumkan rancangan untuk menawarkan perkidmatan tiga kali seminggu ke Tel Aviv dengan menggunakan ruang udara Arab Saudi, namun pihak berkuasa penerbangan awam di Riyadh berkata, ketika itu ia tidak memberi kelulusan kepada syarikat peneerbangan tersebut.

Syarikat penerbangan Israel, El Al terbang empat kali seminggu ke Mumbai. Penerbangan itu mengambil masa selama tujuh jam kerana pesawatnya terbang ke selatan menuju Habshah dan selepas itu menghala ke timur bagi mengelakkan ruang udara Arab Saudi.

Media Israel menyatakan penggunaan ruang udara Arab Saudi dapat mengurangkan masa penerbangan lebih daripada dua jam. – Reuters