JOHOR BAHRU – Jumaah Majlis Diraja Johor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan laman ‘The Independent’ dari Singapura berhubung artikel menerusi pautan http://www.theindependent.sg/johor-crown-prince- chides-no-balls-malaysian-minister.
Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, artikel itu telah menggunakan dan memutarbelitkan kenyataan DYAM Tunku Mahkota Johor berkenaan isu politik antara
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Robert Kuok.
Menurutnya, DYAM Tunku Mahkota Johor tidak pernah langsung memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.
“Saya meminta pihak luar berhenti daripada mengaitkan DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dengan isu-isu politik.
“Jika ada, ia akan dikeluarkan terlebih dahulu melalui laman rasmi The Royal Johor (Royal Press Office) atau JOHOR Southern Tigers,” katanya menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers.
Tambahnya, jika ada kenyataan daripada sumber luar selain daripada yang nyatakan, ia adalah tidak benar sama sekali.
Beliau berkata, pihak guaman keluarga Diraja Johor dan Ketua Polis Johor akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu tersebut. – MalaysiaGazette