Home Politik ‘Janganlah kalah, saya nak jadi PM sekali lagi’ – Tun M

‘Janganlah kalah, saya nak jadi PM sekali lagi’ – Tun M

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba pada Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 08 MAC 2018.

SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahahtir Mohamad menyeru penyokong pembangkang menang dalam PRU-14 bagi membolehkan beliau diangkat sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Dengan nada bergurau, Mahathir berkata, penyokong PH jangan menghampakan impiannya untuk menjadi PM buat kali kedua.

“Janganlah kalah, saya cita-cita nak jadi Perdana Menteri sekali lagi.

“Jadi untuk itu, jangan kecewakan saya, janganlah gaduh, kita mesti ada sikap tolong-menolong dan kita cantum (bergabung) parti kita kita akan jadi kuat,” katanya dalam ucapan perasmian Manifesto PH di peringkat nasional di Shah Alam sebentar tadi.

Ini adalah kali pertama Mahathir secara terang-terangan berkata mahu menjadi PM buat kali kedua.

Harapan Mahathir untuk menjadi PM buat kali kedua disambut dengan ketawa daripada lebih 1,000 penyokong gabungan parti pembangkang itu.

Dalam pada itu, Mahahtir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyeru agar semua ahli parti bersatu dan mengelak daripada berpecah.

“Kalau parti seorang, maka (Datuk Seri) Najib (Razak) akan kekal sebagai PM. Memang parti pembangkang mempunyai perjuangan sendiri tapi diwaktu ini kita perlu utamakan kejatuhan BN,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.