WEMBLEY – Pasukan Juventus membuat kejutan apabila berjaya menundukkan Tottenham Hotspur dengan jaringan dua gol seterusnya mencapai agreget 3-4 bagi melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Dalam aksi di Wembley awal pagi tadi, Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala memastikan kelab gergasi Itali itu menang 1-2 sekaligus memusnahkan impian Spurs dengan jaringan yang dilakukan dalam tempoh empat minit.
Spurs yang turun dengan kelebihan dua gol di tempat lawan terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan Heung-Min Son pada minit ke-39.
Masuk minit ke-64, Higuain memadam kelebihan Spurs apabila menampan tandukan Sami Khedira bagi kedudukan 1-1.
Selang empat minit kemudian, Higuain melorongkan bola buat Dybala yang melepasi perangkap offside sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Hugo Illoris.
Harry Kane hampir menyamakan kedudukan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan tetapi percubaannya berjaya diselamatkan Gianlugi Buffon. – MalaysiaGazette