ENGLAND- Juventus menyifatkan kelab Inggeris Tottenham Hotspurs sebagai pasukan lemah dan rapuh dari segi pertahanan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Juventus yang ketinggalan 1-0 di awal permainan bangkit menang 2-1 dan 4-3 secara agregat dalam saingan timbal balik di Wembley awal pagi tadi.
Bintang Juventus Giorgio Chiellini mendakwa Spurs lemah dan rapu dari segi pertahanan.
Spurs yang beraksi dengan keputusan terikat 2-2 dalam aksi pertama di Itali membuka jaringan di babak pertama menerusi Heung-Min Son.
Bagaimanapun, Juventus bangkit dengan dua gol dalam masa dua setengah minit sekaligus mengesahkan tiket ke suku akhir.
Selepas perlawanan itu, Chiellini berkata pihaknya tahu Spurs lemah dari segi pertahanan dan rapuh dari segi kekuatan mental.
“Itulah sejarah Spurs. mereka sentiasa mencipta peluang banyak untuk menjaringkan gol. tetapi pada akhir minit mereka akan terlepas sesuatu penting.
“Kami percaya pada sejarah dan sudah menyaksikannya semalam antara Paris Saint -Germain dan Real Madrid.
Malam ini kami datang ke sini dan menggunakan kemahiran yang dimiliki serta menang. – MalaysiaGazette