Home Dunia 21 individu dirawat selepas perisik Rusia diserang agen saraf

21 individu dirawat selepas perisik Rusia diserang agen saraf

Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia Skripal. foto Agensi

LONDON – Seramai 21 orang menerima rawatan selepas serangan agen saraf ke atas perisik Rusia di United Kingdom.

Setakat ini tiga orang masih dirawat – Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia Skripal serta seorang pegawai polis, Detektif Nick Bailey

Bailey dalam keadaan sedar dan boleh bercakap dengan pelawat.

Perisik barat mendakwa Rusia sebagai dalang kepada insiden serangan agen saraf itu berdasarkan serangan lampau.

Bagaimanapun, siasatan terhadap serangan yang berlaku di Salisbury, selatan England itu masih di peringkat awal.

Polis berkata, agen saraf digunakan untuk menyerang Skripal, 66 dan Yulia, 33, yang masih kritikal selepas ditemui terjatuh daripada bangku berhampiran pusat beli-belah.

Mereka dipercayai merupakan sasaran.

Manakala Detektif Bailey pula adalah individu pertama yang memeriksa kedua-dua mangsa di tempat kejadian.

Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom, Amber Rudd enggan menyatakan pihak yang bertanggungjawab. – MalaysiaGazette