Home Politik Manifesto BN akan tampil agenda orang muda

Manifesto BN akan tampil agenda orang muda

Datuk Seri Najib Razak

MUAR – Barisan Nasional (BN) akan menampilkan manifesto mesra orang muda pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) demi manfaat generasi masa depan.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN bukan sahaja mementingkan kemajuan dan perancangan generasi masa kini tetapi juga mementingkan kelangsungan generasi masa depan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

“Kita bukan parti untuk hari ini (sahaja), kita bukan parti untuk generasi masa kini sahaja (tetapi) kita juga parti untuk masa depan generasi akan datang.

“Kita nak saudara saudari memikirkan bahawa kalau kita bagi sokongan, kita nak parti yang mana? Kita nak parti yang ada agenda jelas untuk generasi muda hari ini.”

“Saya setuju dengan syor Khairy Jamaluddin (Pengerusi Pemuda BN) supaya dalam manifesto, kita masukkan satu bab khusus untuk orang muda,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN, di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Pagoh, hari ini.-BERNAMA