Home Politik Zairil, Dyana selamat bertunang

Zairil, Dyana selamat bertunang

KUALA LUMPUR – Akhirnya selepas bergelumang dengan kontroversi akhirnya Zairil Khir Johari bertunang dengan Dyana Sofya di Ipoh hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera melahirkan rasa gembira bersama keluarga dan rakan-rakan rapat yang hadir pada majlis bermaknanya itu.

Wakil rakyat DAP itu dalam status media sosialnya melahirkan rasa gembira kerana Dyana seorang selalu menyokongnya dan rapat dengan kaum keluarganya termasuk dua anaknya.

Perkahwinan Zairil yang pertama berakhir tahun lepas.

Dyana pernah menjadi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.-MalaysiaGazette