HONG KONG- Seorang wanita tua mengamuk apabila masih hidup meskipun tukang penilik nasib meramalkan wanita berasal dari barat daya China itu akan mati hujung tahun lepas.
Menurut Thecover.cn, wanita berusia 70 tahun itu bertemu dengan penilik nasib berkenaan pada Mac dan apabila diberitahu akan mati tidak lama lagi, dia terpaksa hidup dalam ketakutan dan membuat persediaan bagi menghadapi kematiannya.
“Saya sangat takut apabila penilik nasib itu memberitahu saya tidak mampu hidup sehingga hujung tahun lepas. Setiap hari saya rungsing,” katanya.
Bagaimanapun dia tetap hidup sihat di sebalik ketakutannya terhadap kematian.
Apabila Wang bertemu dengan penilik nasib tersebut minggu ini, dia terus naik angin dan bertindak merosakkan gerai berkenaan.
Seorang anggota polis terpaksa masuk campur dan meminta penilik nasib tersebut meminta maaf kerana menyebabkan Wang menderita daripada segi mental. – Agensi