ENGLAND – Jamie Carragher dipecat tugasnya sebagai pengulas bola sepak Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Tindakan tegas itu diambil ke atas bekas pemain Liverpool itu kerana terlibat dalam insiden meludah muka kanak-kanak.
Hukuman itu menyaksikan Carragher tidak akan mengulas aksi timbal balik pusingan kalah mati antara Manchester United dan Sevilla di Old Trafford awal pagi Rabu.
Rangkaian Danish TV3 telah menurunkan pemain berusia 40 tahun itu daripada senarai pengulas bola sepak.
Carragher disahkan meludah pada muka seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Rakaman CCTV telah mendedahkan perbuatan tidak bermoral legenda the Reds yang meludah muka remaja perempuan selepas dia diejek oleh bapa kanak-kanak itu mengenai kemenangan the Red Devils menentang Liverpool di Old Trafford Ahad lalu.
“Dia (Carragher) sepatutnya membuat persiapan untuk bertugas di Old Trafford Rabu ini, tetapi kami memilih untuk merehatkan dia daripada mengulas acara tersebut.
“Sama ada dia pelayan atau Carragher, kami tidak akan memecat kakitangan kami tanpa mendengar penjelasan kedua-dua pihak,” katanya.
Skysports juga dikatakan akan bertemu Carragher hari ini untuk membincangkan mengenai masa depan individu itu.
Justeru Carragher juga meneruskan perjalanan ke Stesen Euston pagi ini untuk berbincang dengan majikannya petang ini. – MalaysiaGazette
Carragher ludah remaja perempuan