YANGON – Tentera Myanmar membina pangkalan tentera di bekas tapak kediaman dan masjid masyarakat Rohingya, menurut Amnesty International yang memetik bukti baru yang diperoleh dari imej satelit.
Serangan yang dibuat oleh pihak berkuasa Myanmar pada 25 Ogos tahun lalu telah menyebabkan lebih 700,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Dalam kejadian itu lebih 350 buah kampung di musnahkan.
Laporan Amnesty International yang diterbitkan pada Isnin mengulangi apa yang berlaku sebelum ini tentang mayat penduduk kampung dan beberapa bangunan di kawasan berkenaan yang tidak terjejas telah dimusnahkan.
Selain itu, ia melaporkan pembinaan kediaman dan jalan raya sedang dilaksanakan. Sekurang-kurangnya ada tiga kemudahan keselamatan sedang dibina.
Dalam satu kes, penduduk kampung Rohingya yang tinggal di Myanmar secara paksa dimusnahkan untuk dijadikan pangkalan, katanya.
“Apa yang kita lihat di Rakhine adalah merebut tanah oleh tentera pada skala dramatik. Pembinaan pangkalan-pangkalan baru di kawasan kediaman merupakan jenayah terhadap Rohingya,” kata Tirana Hassan, kata Pengarah Tindak Balas Krisis Amnesty International dalam satu kenyataan.
Sekurang-kurangnya empat masjid yang tidak rosak dan bangunan lain dihapuskan, sejak akhir bulan Disember, ketika konflik yang besar tidak dilaporkan di kawasan itu, kata Amnesty International.
Di satu kawasan perkampungan Rohingya, imej satelit menunjukkan bangunan-bangunan bagi pos polis sempadan dibangunan di kawasan bersebelahan dengan tapak masjid yang diruntuhkan.
Bagaimanapun, jurucakap Myanmar berkata, perkampungan penduduk Rohingya dibersihkan untuk pembinaan baharu penempatan pelarian. – MalaysiaGazette