PULAU PINANG – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Pakatan Harapan seperti diumumkan malam tadi mengesahkan PKR terpaksa mengalah selepas hilang dua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.
Kerusi yang terpaksa dilepaskan itu adalah DUN Bertam dan Teluk Bahang menjadikan PKR hanya akan bertanding 14 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbanding 16 kerusi sebelum ini.
Seperti diumumkan Ketua Setiausaha Sekteriat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah ketika ceramah 10 tahun DAP memerintah Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini malam tadi, dua kerusi PKR itu terpaksa diserahkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan bertanding empat kerusi DUN.
Menurut beliau, parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Rakyat (PAN) pula akan bertanding tiga kerusi manakala DAP tidak melepaskan mana-mana 19 kerusi yang dimiliki mereka.Keputusan pembahagian kerusi DUN Pulau Pinang itu mencetuskan tanda-
Katanya memandangkan PKR sebelum ini menegaskan tidak akan melepaskan kerusi sedia ada mereka sekiranya DAP juga tidak berbuat demikian.
Dalam pada itu, sambutan 10 tahun DAP memerintah Pulau Pinang malam tadi berlangsung dalam keadaan hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 5,000 orang.
Jumlah itu jauh tersasar daripada yang diumumkan pengacara majlis iaitu 50,000 orang malah orang ramai juga meninggalkan majlis tersebut lebih awal iaitu selepas jamuan makan percuma berakhir.
Situasi itu pastinya memberi tamparan hebat kepada Pakatan Harapan memandangkan majlis berkenaan diadakan di negeri kubu kuat mereka selain menampilkan pemimpin-pemimpin utama pembangkang.
Selain Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Kit Siang, turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette