SEPANG – KLIA Express menawarkan laluan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
“Perlaksanaan percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ini akan dilaksanakan pada 17 sehingga 18 Mac depan.
“Keluarga yang menemani kanak-kanak tersebut akan diberikan tiket perjalanan percuma itu dari mana-mana stesen KLIA Express,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Semua tiket berkenaan boleh didapati daripada mana-mana kaunter tiket KLIA Express dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Bagaimanapun tiket itu hendaklah digunakan sejurus mendapatkannya di kaunter.
Pelaksanana itu adalah sempena sambutan cuti sekolah yang akan bermula 17 Mac depan. – MalaysiaGazette.