Home Dunia Pembantu peribadi Trump dipecat

Pembantu peribadi Trump dipecat

John McEntee

WASHINGTON – Pembantu peribadi Presiden Donald Trump dipecat oleh White House, menurut media Amerika Syarikat.

John McEntee mula berkhidmat sejak awal kempen presiden.

Beliau dikatakan telah diiringi keluar dari White House tanpa dibenarkan mengambil barang-barang miliknya.

Trump yang mengumumkan semula kempen pilihan raya pada hari Selasa telah memaklumkan McEntee akan bergabung sebagai “penasihat kanan untuk operasi kempen”.

Pengumuman itu dibuat pada hari sama pemecatan Rex Tillerson sebagai Setiausaha Negara.

McEntee dipecat susulan siasatan oleh Jabatan Dalam Negeri berhubung jenayah kewangan, menurut CBS News.

Wall Street Journal pula melaporkan pemecatan McEntte berhubung soal keselamatan. – MalaysiaGazette