Home Dunia Remaja bunuh 17 orang bakal hadapi hukuman mati

Remaja bunuh 17 orang bakal hadapi hukuman mati

Nikolas Cruz

FLORIDA – Pendakwa-pendakwa raya Amerika Syarikat mahu hukuman bunuh dikenakan terhadap seorang remaja yang membunuh 17 orang di sebuah sekolah tinggi di Florida akhir bulan lalu.

Nikolas Cruz, 19, mengakui melakukan serangan itu dan didakwa melakukan 17 pertuduhan membunuh dirancang.

Serangan itu berlaku, di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, adalah kejadian serangan sekolah yang paling dahsyat pernah berlaku di Amerika Syarikat sejak 2012.

Kejadian itu telah meningkatkan perdebatan panjang mengenai sekatan senjata api di negara tersebut.

Cruz memberitahu polis dia tiba di kampus dan mula menembak pelajar sebelum meninggalkan senjata dan melarikan diri, menurut dokumen mahkamah.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengaku menerima laporan mengenai remaja itu sejak tahun lalu.

Dalam satu notis yang difailkan pada hari Selasa, pendakwa berkata, mereka akan memohon hukuman mati dan membuktikan jenayah itu “amat berat atau kejam.”

Peguam yang mewakili Cruz berkata, suspek akan mengaku bersalah jika tidak dikenakan hukuman bunuh.

“Suspek bersedia untuk mengaku bersalah terhadap hukuman seumur hidup tanpa kemungkinan bersyarat.

“Saya tidak mengatakan dia tidak bersalah tetapi dia tidak boleh mengaku bersalah ketika ‘kematian’ masih berada di atas meja,” kata Howard Finkelstein. – MalaysiaGazette