Home Ekonomi Aset terkumpul PNB RM279 bilion

Aset terkumpul PNB RM279 bilion

Pengerusi PNB, Wahid Omar berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke 40 PNB dan Perjumpaan dengan Warga PNB di Perkarangan PNB, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan aset terkumpulnya sebanyak RM279 bilion.

Dividennya pula adalah 7.25 peratus manakala bonus khas pula 1.00 peratus.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar kemudian turut memaklumkan agensi itu menjangkakan tahun ini mampu mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara 5.0 hingga 5.5 peratus atau lebih tinggi lagi.

“Melihat kepada angka daripada makro ekonomi, ia adalah sangat positif. Pada tahun lalu, Malaysia mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus.

“Tahun ini kami menjangkakan pertumbuhan di antara 5-5.5 peratus.

“Tetapi akhirnya ia tetap bergantung kepada bagaimana kita memastikan pertumbuhan ekonomi negara mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada syarikat kami.

“Ia bukan mengenai meningkatkan jumlah. Syarikat di Malaysia perlu memacukan pendapatan mereka lebih tinggi dan mengoptimumkan kos mereka. Itu adalah fokus kami pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan ulang tahun ke-40 PNB yang dihadiri lebih kurang 1,500 warga agensi itu.

Dalam masa yang sama PNB turut melancarkan logo baharunya yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.-MalaysiaGazette

+ posts