Home Seni Hidup Ibu Elfira sindir Sufian?

Ibu Elfira sindir Sufian?

Filzah Yusoff (kiri).

KUALA LUMPUR – Kontroversi putus tunang penyanyi, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus berpanjangan apabila selepas ibu kepada pelakon tersebut memuat naik beberapa status di laman sosial yang dipercayai menyindir penyanyi itu.

Ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menerusi akaun Instagram @mamacat2016 meluahkan perasaan terbuku di hatinya mengenai sikap individu yang gemar menipu.

“Dari hari pertama menipu sampailah saat hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah?” tulisnya.

Sementara itu, menerusi status lain, Filzah memuat naik foto berbunyi ‘kebohongan adalah awal kehancuran’ berserta ayat petikan daripada Hadis Riwayat Bukhari.

“Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahu pun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus dipertanggungjawabkan.

“Berupayalah untuk menghindari kebohongan seremeh apa pun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain,” tulisnya.

Selain itu Filzah turut memberi komen berhubung wang hantaran dalam menjelaskan wang hantaran yang dikatakan terlalu tinggi.

Katanya, mengapa pihak berkenaan tidak memberitahu lebih awal jika soal wang hantaran menjadi perkara utama.

“Kalau kata hantaran tinggi kenapa tidak beritahu awal-awal. Sebenarnya hantaran diminta ialah simpan sehari RM20 dalam al-Quran kali 365 hari agak-agak berapa jumlah sebenar?

“Masa bertunang pun tak guna duit hampa (kamu), mas kahwin pun tak minta duit cuma minta hafal ayat Mulk (surah Al-Mulk) dengan harapan nanti bila nak tidur senang baca tak payah buka al-Quran,” tulisnya.

Ini kali pertama Filza memuat naik beberapa status sejak pertunangan Elfira dan Sufian terputus.

Bagaimanapun, tindakan ibu pelakon berkenaan mendapat pandangan netizen yang tidak setuju kerana  hanya membuka aib individu tertentu dan memanjangkan kemelut tersebut.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin kepada pihak lelaki.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. – MalaysiaGazette

Sudah-sudahlah Sufian – Bapa Elfira